Individu tersebut termasuk Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation (FIC), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid dan Pengarah Bahagian Undang-undang Felda, Helwani Lukman.

Manakala seorang lagi merupakan rakan kongsi kepada seorang peguam yang ditahan reman sebelum ini kerana disyaki menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum dijual kepada FIC.

Noor Ehsanuddin dilihat memasuki ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9.50 pagi sebelum keluar pada pukul 12 tengahari, manakala Helwani yang tiba pada pukul 10 pagi masih memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM, Noor Ehsanuddin, Pengarah FIC, Datuk Nik Azman Mohamed Zain dan bekas ahli Lembaga Pengarah FIC, Datuk Dr. Omar Salim akan dipanggil sekali lagi esok untuk memberi keterangan.

Terdahulu semalam, ketiga-tiga individu terbabit telah dipanggil memberi keterangan berhubung pembelian hotel mewah tersebut. - UTUSAN ONLINE