MOHD ISA ABDUL SAMAD tiba di Ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

Sumber berkata Mohd. Isa ditahan pada pukul 4.24 petang.


Terdahulu beliau hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015. 


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. 


Katanya, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat  berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.


“SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tersebut,” katanya.-UTUSAN ONLINE