Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkahmah Majistret di sini terhadap lelaki berusia 57 tahun itu akan berakhir 4 Ogos ini.

Lelaki tersebut yang juga didakwa sebagai pemilik hotel di Kuching akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009 berhubung pembelian sebuah hotel oleh FIC di Kuching, Sarawak pada tahun 2014.

Terdahulu, lelaki itu tiba di mahkamah pukul 10.40 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM serta tangan bergari.

SPRM menahan lelaki tersebut di pejabat SPRM Kuching pada pukul 1.30 petang semalam.

Semalam, Mahkamah Majistret di sini membenarkan dua lelaki yang juga pengarah syarikat yang sama direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dua lelaki terbabit yang masing-masing berusia 47 dan 51 tahun sebelum itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di Kensington, London oleh FIC sebelum ini.