Menurut sumber, hotel yang terletak di Kuching, Sarawak itu dipercayai telah dibeli oleh FIC dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga asal.


“Maklumat awal yang diterima menunjukkan pembelian hotel tersebut telah mengakibatkan kerugian ratusan jutaan ringgit kepada FIC.


“Pasukan penyiasat kini sedang menilai maklumat-maklumat yang diterima dan akan pergi ke pejabat FIC di beberapa lokasi dalam masa terdekat untuk mendapatkan dokumen dan maklumat berkaitan pembelian hotel tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan pihaknya kini telah memulakan proses mengumpul maklumat bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembelian tersebut. - UTUSAN ONLINE