Boon Poh tiba bersama peguam, R.S.N Rayer dipercayai bagi memberi keterangan berhubung serbuan SPRM ke atas sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti semalam.

Terdahulu pukul 11.25 pagi tadi, sekumpulan lima anggota SPRM turut menyerbu pejabat Boon Poh di Tingkat 53, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sebelum meninggalkan pejabat itu bersama beberapa dokumen kira-kira sejam kemudian. – UTUSAN ONLINE