Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Choo Lily berkata, antara barangan mangsa yang hilang ialah pelbagai jenama rokok bernilai RM3,000 dan wang tunai berjumlah RM1,000.

"Selepas membuat risikan, kita telah menangkap enam orang remaja dan kesemua mereka mengaku telah melakukan jenayah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Lily, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Puchong untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE