MOHAMAD FUZI HARUN
MOHAMAD FUZI HARUN 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, negeri tersebut adalah Johor, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mensasarkan operasi dengan memfokuskan enam kontinjen yang terbabit secara khusus. 

“Keberkesanan operasi yang dilancarkan PDRM menyebabkan sindiket perjudian tidak lagi beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, bagi tempoh 1 Januari sehingga 5 september lalu, sejumlah 12,449 serbuan telah dilaksanakan dengan tangkapan seramai 22,300 orang. 

Ujarnya, penurunan kadar serbuan dan tangkapan berbanding tahun lepas adalah signifikan disebabkan tindakan berterusan PDRM. 

“Tumpuan kaki judi kini beralih kepada aktiviti judi loteri awam tanpa lesen yang mencatatkan rampasan wang tunai sehingga RM1.5 juta,” katanya.

Tambah Mohamad Fuzi, bagi menangani isu perjudian dengan lebih menyeluruh, PDRM telah mewujudkan bilik gerakan serta talian “hotline” secara khusus bermula 20 Julai lalu bertujuan memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis. 

“Inisiatif ini diterima secara positif oleh masyarakat dan sehingga kini 716 maklumat telah diperolehi. 

“Ekoran itu, 414 serbuan telah dilaksanakan, 141 maklumat sedang diproses untuk mendapat bukti lanjut manakala 161 maklumat disahkan sebagai tidak berasas,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE