Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, empat daripada enam lelaki terbabit bersenjatakan dua objek menyerupai pistol, sebilah parang dan tukul besi.

Katanya, suspek yang memakai topi keledar dan berbaju hitam menyerbu masuk ke kedai berkenaan sebelum memecahkan kaca meja pameran dan melarikan barang kemas tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek menunggang tiga buah motosikal sebelum empat daripada mereka masuk ke dalam kedai yang terletak di tingkat satu bangunan pasar raya besar terbabit.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi. - UTUSAN ONLINE