Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya telah merakamkan percakapan 10 pelajar tingkatan tiga dan tingkatan empat sekolah tersebut.


Menurutnya, pelajar yang terlibat kini telah digantung sekolah kerana mendatangkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.


Katanya, kecederaan tersebut bagaimanapun tidak serius dan polis sedang dalam proses untuk mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.


“Kita tidak mahu kes ini ditularkan dan dikatakan polis tidak mengambil tindakan.


“Tiada apa yang hendak kita selindungkan kerana kes ini melibatkan remaja bawah umur,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE