Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam susulan aduan seorang wanita yang ditipu pada Disember lalu.

"Serbuan pertama kita menahan seorang lelaki Nigeria dan wanita Filipina yang turut membawa kepada serbuan kedua kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Kita terpaksa memotong jeriji pintu rumah kedua sebelum dapat menahan seorang lelaki dan wanita warga Nigeria," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, selain tangkapan, polis turut merampas beberapa buah komputer riba, telefon bimbit dan pendrive digunakan untuk kegiatan menipu mangsa.

Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 424 kanun keseksaan. - UTUSAN ONLINE.