Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Samarahan, Dayang Roselind Awang Mahdini mengeluarkan perintah reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Terdahulu, keempat-empat suspek yang berpakaian lokap polis tiba di pekarangan mahkamah di sini kira-kira pukul 1 petang.

Perbuatan terkutuk seorang bapa kandung, datuk dan dua bapa saudara yang merogol seorang remaja perempuan sejak enam tahun lalu akhirnya terbongkar selepas gadis berusia 19 tahun itu disahkan hamil selama 25 minggu oleh doktor di Hospital Serian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar, keempat-empat suspek yang berusia antara 26 hingga 57 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Daha Seroban pada pukul 3.30 petang. - UTUSAN ONLINE