Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Empat sahabat diberkas polis

Rumah pusaka sarang bungkus dadah

A. ASMADI ABD. AZIZ (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas semasa
A. ASMADI ABD. AZIZ (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas semasa sidang akhbar di Alor Gajah, Melaka, semalam. UTUSAN/ATIKAH DALI

ALOR GAJAH 15 Mac - Empat sekawan dicekup pihak polis semalam selepas didapati menjadikan sebuah rumah pusaka dekat Sungai Putat di sini sebagai tempat membungkus dadah.

Keempat-empat suspek berusia antara 22 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan di lokasi ber­kenaan kira-kira pukul 11.30 pagi semasa mereka sedang leka membungkus pelbagai jenis dadah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, polis turut me­nemukan sejumlah peket lut-sinar berisi serbuk dan pil disyaki dadah jenis heroin, syabu, ketamin, ekstasi, Erimin 5 dan WY yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM9,000 dalam serbuan itu.

Di samping itu, katanya, pihak polis turut merampas penimbang digital yang dipercayai digunakan suspek untuk menimbang bungkusan dadah berkenan.

“Intipan dilakukan sejak tiga minggu lalu dan siasatan mendapati mereka memperoleh bahan tersebut dari Lembah Klang.

“Tiga daripada empat yang ditahan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan ujian air ken­cing mendapati kesemuanya positif dadah jenis morfin dan methaphetamine,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini hari ini.

Katanya, keempat-empat suspek lelaki itu kini direman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua dadah yang dirampas dipercayai untuk diedarkan sekitar daerah ini,” tambahnya.

Sementara itu beliau membe­ritahu, sehingga kini 16 individu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sejak 1 Januari lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain