KETUA Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof
KETUA Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof 

Mangsa yang berusia 10 tahun, melakukan perbuatan keji itu bersama empat orang yang berusia antara 15 dan 20 tahun.

Dia kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu semalam.

Berikutan itu, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks bersama empat suspek tersebut.

Katanya, pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah keluar bersama tiga orang suspek dengan menaiki motosikal ke rumah terbabit, kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Di situ terdapat seorang lagi suspek. Mangsa kemudian melakukan seks bersama empat suspek tersebut secara bergilir-gilir di dalam bilik.

“Mangsa lewat membuat laporan polis kerana ingin menyembunyikan perkara ini, namun guru sekolah telah berjaya ‘menghidu’ kejadian itu.

“Mangsa lalu mengaku sebelum guru berkenaan menghubungi ibu bapa murid itu,” katanya di sini hari ini.

Tambah Nanda, mangsa mula mengenali salah seorang suspek tersebut pada Mei lalu melalui aplikasi WhatsApp.

“Kemudian mangsa mula mengenali seorang lagi suspek menerusi rakan yang dikenali melalui WhatsApp itu. Bagaimanapun mangsa memaklumkan tidak mengenali dua lagi suspek lain,” katanya.

Kata Nanda lagi, pihaknya kini masih menunggu hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berhubung kejadian rogol berkenaan. - UTUSAN ONLINE