Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DUA daripada empat suspek yang dipercayai terlibat meminta rasuah daripada pemandu lori dan peniaga
DUA daripada empat suspek yang dipercayai terlibat meminta rasuah daripada pemandu lori dan peniaga air ketum ditahan SPRM semalam.

KUALA LUMPUR 20 Mac - Lagi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Kali ini melibatkan seorang pe­gawai serta tiga anggota polis terdiri daripada Inspektor, Sarjan Mejar dan dua Koperal ke­rana dipercayai mengambil ra­suah daripada pengusaha lori dan peniaga air ketum.

Menurut sumber, semua suspek berusia antara 31 sehingga 57 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 pagi ini dalam serbuan berasingan di tiga negeri.

Katanya, dalam kes melibatkan pengusaha lori, seorang anggota berpangkat sarjan Mejar dan Koperal ditahan di Kulim, Kedah kerana dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta dan mengambil wang rasuah ber­jumlah antara RM850 dan RM900 secara bulanan.

“Pengusaha lori ini diminta membayar wang agar tidak di­ke­nakan saman atas beberapa kesalahan lalu lintas yang se­ring dilakukan pemandu mereka antaranya tidak mempunyai insurans, tiada cukai jalan dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, hasil siasatan SPRM turut mendapati kedua-dua suspek tersebut menerima wang rasuah sejak empat bulan lalu dengan bayaran RM3,500.

Semalam, Mingguan Malaysia mendedahkan kerajaan kerugian berbilion-bilion ringgit akibat amalan rasuah berkonsep ‘strategi lautan biru’ pada segelintir agensi-agensi penguat kuasa.

Difahamkan, amalan rasuah seumpama itu berlaku melalui penyeludupan dan kemasukan barang-barang dari beberapa pelabuhan utama.

Selain itu, kewujudan rasuah ‘ala strategi lautan biru’ ternyata berlaku apabila SPRM mengenal pasti beberapa pegawai penguat kuasa disyaki mengambil wang suapan bagi melindungi pengusaha air ketum.

Dalam pada itu, di Raub, Pahang dan Pulau Pinang pula, seorang pegawai berpangkat Ins­pektor dan anggota berpangkat Koperal ditahan kerana dipercayai mengambil rasuah sebagai wang perlindungan daripada peniaga-peniaga air ketum.

Ujar sumber, kedua-dua sus­pek tersebut disyaki telah mengambil wang rasuah berjumlah antara RM2,000 antara RM3,500 untuk melindungi pe­ngusaha-pengusaha air ketum ini supaya tindakan undang-undang tidak diambil ke atas mereka.

“Peniaga air ketum ini dipercayai memperoleh pendapatan bersih sehingga RM350 sehari yang menjadi mereka tidak kisah untuk membayar wang per­lindungan itu. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua mereka akan direman esok untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain