Menurut sumber, dua individu yang merupakan pengurus serta pegawai eksekutif di MAHB masing-masing berusia 50 dan 59 tahun ditahan secara berasingan di Pejabat SPRM Selangor dan Pejabat Pengurusan di MAHB Pulau Pinang.

Manakala dua lagi yang menjawat sebagai eksekutif komersial syarikat itu berusia 56 dan 55 tahun ditahan di Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Keempat-empat suspek tersebut masing-masing akan direman di Mahkamah Shah Alam,  Georgetown, Kota Kinabalu dan Labuan pagi ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. - UTUSAN ONLINE