Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, kesemua mereka termasuk seorang wanita berusia 30 tahun direman sehingga 4 Julai depan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Katanya, turut direman seorang pengawal kelab malam berusia 21 tahun serta pekerja kontrak berusia 20 tahun.


Dalam kejadian kira - kira pukul 9 pagi semalam di Flat Jalan Padang Tembak, seorang wanita membuat laporan polis selepas menemukan mayat M.Sathiwill,20,.


Siasatan polis mendapati mangsa dipukul oleh sekumpulan lelaki di koridor flat berkenaan kira - kira pukul 2 pagi sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.-UTUSAN ONLINE