Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kejadian khianat itu berlaku antara pukul 5.15 petang dan 7.00 malam melibatkan pemandu yang dalam perjalanan dari Tawau menghala ke Semporna.

Menurutnya, kebanyakan mangsa mengadu kenderaan mereka mengalami pelbagai kerosakan seperti pintu kereta kemik, cermin tingkap pecah serta bumper hadapan rosak, dan mereka hanya membuat laporan polis selepas memeriksa kenderaan mereka di Semporna.

Ujarnya, kejadian itu dipercayai didalangi tiga lelaki yang berada di sebuah kawasan ladang pokok kelapa sawit,berdasarkan keterangan mangsa yang menyedari kehadiran suspek.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan khianat harta benda.

“Kawasan kejadian juga tidak dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan di sini.- BERNAMA