Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Empat direman disyaki rasuah pegawai Jabatan Perhutanan

Empat direman disyaki rasuah pegawai Jabatan Perhutanan
TIGA daripada empat suspek dibawa oleh pegawai SPRM ke Konpleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. - UTUSAN

KUALA TERENGGANU 12 Sept. - Tiga pengurus dan seorang pemandu kilang papan hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Perhutanan negeri, baru-baru ini.

Perintah terhadap empat lelaki yang bekerja di tiga kilang papan berasingan itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Noradila Ab. Latif .

Sumber SPRM berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 62 tahun itu masing-masing disyaki memberi rasuah antara RM500 hingga RM1,000 kepada tiga pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu dalam tiga insiden berasingan dari 23 Mei hingga 28 Ogos lalu.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

“Suspek pertama yang merupakan pengurus sebuah kilang berusia 62 tahun disyaki memberikan wang suapan RM1,000 kepada seorang pegawai Jabatan Perhutanan negeri pada pukul 8.40 malam, 23 Mei lalu.

“Ia dipercayai sebagai dorongan agar tidak dikenakan tindakan atas kesalahan memiliki hasil hutan yang tidak dibayar cukai,” ujar sumber itu.

Sumber SPRM itu berkata, suspek kedua dan tiga yang masing-masing pengurus dan pemandu sebuah kilang papan lain disyaki memberi rasuah RM500 setiap seorang kepada seorang pengawai Jabatan Perhutanan negeri pada pukul 3.45 petang, 6 Julai lalu.

Beliau berkata, pemberian wang suapan itu dipercayai sebagai dorongan agar tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kerana gagal mengemukakan pas pemindahan kayu serta memiliki kayu-kayu bulat pelbagai spesis yang disyaki tidak dibayar cukai.

“Suspek keempat pula disyaki memberi rasuah wang tunai RM500 kepada seorang pegawai jabatan itu sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan atas kesalahan memiliki kayu pelbagai spesis yang disyaki tidak dibayar cukai.

“Suspek berusia 35 tahun yang merupakan seorang pengurus syarikat papan dipercayai memberi rasuah itu pada pukul 4.15 petang, 28 Ogos lalu,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain