Mayat Rosidah Mohammad, 48, ditemukan kira-kira pukul 9.10 pagi selepas anaknya memaklumkan kepada pihak berkuasa apabila panggilan telefonnya tidak dijawab mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Ahmad Subhaan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.58 pagi dan lapan anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati pintu rumah serta bilik mangsa berkunci dan pihak bomba terpaksa memotong mangga untuk membuka kunci.

“Hasil pemeriksaan kita menemukan mangsa dalam keadaan terlentang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa disahkan sudah meninggal dunia ketika ditemukan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE