Keadaan itu dilihat apabila Kang Chol hanya berdiam diri selepas ditanya seorang wartawan media asing yang dipercayai dari Korea Selatan mengenai kemungkinan penglibatan tersebut.

“Adakah Jong-un terlibat da­lam kes pembunuhan Jong-nam? Bagaimana Korea Utara melihat keadaan itu?” soal wartawan tersebut.

Kang Chol ditemui pemberita di bangunan Kedutaan Korea Utara, di sini hari ini selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra, tengah hari ini.