Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Sabri Zainol berkata, serbuan tersebut menyaksikan dua wanita masing-masing berusia 47 dan 20 tahun yang dipercayai bersengkokol dalam melakukan jenayah itu ditahan pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun katanya, suspek lelaki yang berusia 20-an tidak berada di rumah semasa serbuan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut di rumah itu juga menemukan dadah dipercayai jenis syabu seberat 50.8 gram yang disorokkan di dalam sebuah beg.

“Kita percaya dadah yang siap dibungkus itu sedia untuk dipasarkan bagi pasaran tempatan dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Sabri memberitahu, buat masa ini pihak polis masih memburu suspek utama bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua wanita ini masih ditahan di lokap IPD Bau untuk tindakan selanjutnya.

“Selain merampas dadah, kita turut menyita dua buah kereta iaitu jenis Toyota Camry dan Honda City disamping barangan kemas, jam tangan dan wang tunai daripada suspek,” jelasnya.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan sebanyak RM108,500.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE