Lelaki yang berusia 20-an yang berasal dari bandar ini ditahan malam tadi setelah polis melakukan operasi memburu mereka ekoran penemuan mayat mangsa di motel berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd. Hamid berkata, pihak memperoleh perintah reman ke atas kedua-dua suspek selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis menjalankan siasatan terperinci termasuk motif kematian lelaki tersebut yang dipercayai dibunuh,” katanya di sini hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan tikaman pada beberapa bahagian badan di sebuah motel di Taman Bandar Baru, Jalan Cinta Sayang dekat sini malam tadi.

Mangsa berumur 53 tahun dan berasal dari Kajang, Selangor itu ditemukan pekerja motel dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik di tingkat dua premis berkenaan.

Terdapat kesan jerutan pada leher mangsa selain mengalami cedera di dahi kiri, rusuk kanan dan belakang badan. - UTUSAN ONLINE