Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika ditahan kira - kira pukul 6 petang semalam, anggotanya menemukan tiga paket plastik lutsinar dipercayai berisi syabu seberat 1.28 gram.

Katanya, turut ditemui ialah satu keratan penyedut minuman berisi heroin seberat 0.18 gram.

“ Kedua - dua dadah itu dianggarkan bernilai RM150 dan suspek mengaku ia untuk kegunaan sendiri,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kedua - dua suspek yang berusia 16 dan 17 tahun itu kini direman selama dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE