Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua penjenayah ditembak mati

mazlan LAZIM (dua dari kanan) menunjukkan peralatan dan senjata
MAZLAN LAZIM (dua dari kanan) menunjukkan peralatan dan senjata yang dirampas setelah polis menumpaskan dua penjenayah di Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR IKHSAN CHINA PRESS

KUALA LUMPUR 18 Jun - Dua penjenayah maut dalam dua kejadian berbalas tembakan di kawasan Bandar Baru Sentul dan Jalan Segambut, di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek dan beberapa lagi rakan mereka yang berpakaian gelap baru sahaja keluar dari sebuah tapak pembinaan dan melarikan kabel tembaga kira-kira pukul 3.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kedua-dua suspek dan kumpulannya keluar dari tapak pembinaan tersebut, mereka terserempak dengan sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang sedang membuat rondaan di kawasan itu.

Menurutnya, melihat kehadi­ran polis, kumpulan penjenayah yang menaiki dua kereta Proton Waja berpecah di sebuah persimpangan lampu isyarat dan terus memecut kenderaan masing-masing.

“Pasukan D9 turut berpecah dan mengekori kumpulan penjenayah itu. Ketika diarah berhenti mereka tidak mengendahkan malah bertindak menghimpit kenderaan anggota polis sebelum melepaskan tembakan.

“Pasukan polis terpaksa membalas tembakan untuk melindu­ngi diri dan mengenai pemandu kenderaan itu sementara rakan-rakan suspek yang berada di dalam kereta sempat melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, kejadian berbalas tembakan turut berlaku pada sebuah lagi kenderaan yang dinaiki satu lagi kumpulan penjenayah dan menyebabkan seorang suspek maut ditembak.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut ke dalam kedua-dua kenderaan itu menemukan tiga bilah parang, satu unit pemotong kabel, dua pucuk pistol dan beberapa butir peluru serta kelongsong peluru yang digunakan kumpulan terbabit untuk melakukan kegiatan samun dan peras ugut

Tambahnya, turut ditemukan iaitu beberapa gelung kabel tembaga dipercayai hasil samun di tapak projek pembinaan terbabit.

“Semakan mendapati, kedua-dua suspek berusia 46 dan 26 tahun yang berasal daripada Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun dan dadah.

“Pihak kita kini sedang mengesan beberapa lagi individu yang disyaki terlibat dengan kedua-dua suspek. Mayat Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain