Dalam tangkapan kira-kira pukul 11 malam itu, kedua-dua suspek berusia 20 dan 26 tahun ditahan oleh penduduk kampung berkenaan ketika memecah masuk sebuah rumah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, sebaik sahaja kedua-dua suspek ditahan, mereka kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau. 

"Seorang daripada mereka dipercayai pernah terlibat dalam satu kes pecah rumah yang berlaku Lorong Melati, Kampung Damai, Kuang, Selangor pada 2 Januari lalu dengan melibatkan kerugian RM5,000.

"Sehubungan itu, kedua-dua suspek kini ditahan reman lima hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Tambah Shafa'aton, ketika ditahan, kedua-dua suspek mengalami luka ringan akibat dipukul orang awam ketika mereka mahu melarikan diri. - UTUSAN ONLINE