Pegawai Memerintahnya, Leftenan Kolonel Ismahizan Ishak berkata, kedua-dua pemburu tersebut ditahan dalam satu operasi sekatan jalan raya pada pukul 12.20 tengah malam.

Katanya, kedua pemburu itu sedang menunggang motosikal untuk ke hutan bagi memburu.

“Mereka ditahan dan hasil pemeriksaan menemui dua laras senapang patah yang dipercayai buatan sendiri disimpan di dalam guni.

“Selain itu, kita juga menemukan beberapa butir peluru yang diletakkan dalam guni sana,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Lundu untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE