Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota PPM bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah melaksanakan satu operasi di jeti itu pada pukul 1.00 petang.

“Sebanyak 24 orang pemandu bot pelancong termasuk krew bot berumur lingkungan 20 tahun hingga 45 tahun dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk menjalani ujian saringan awal air kencing dalam operasi itu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan dua orang pemandu bot pelancong didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu bot pelancong itu kemudiannya dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-BERNAMA