Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek menerima wang rasuah daripada pemilik sebuah restoran di RAPID sebagai dorongan untuk mendapatkan peluang perniagaan iaitu membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di sebuah kafe di kawasan itu.

Kedua-dua suspek berusia 44 dan 49 tahun itu ditahan di RAPID, Pengerang kira-kira pukul 3 petang tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. - UTUSAN ONLINE