Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, kedua-dua pegawai kanan tersebut bertugas di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Salah seorang daripada mereka menerima ugutan tersebut bersama nota amaran berbaur ugutan semalam dan seorang lagi menerima ugutan peluru hidup petang hari ini di rumahnya.

“Kita percaya ugutan yang diterima ini ada kaitan dengan kes-kes yang sedang disiasat SPRM,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azam berkata, kedua-dua pegawai kanannya itu yang berpangkat Jusa C telah membuat laporan polis.

Beliau berkata, biar pun menerima ugutan yang mengancam nyawa pegawai dan anggotanya, SPRM tidak akan berganjak daripada melaksanakan amanah diberikan.-UTUSAN ONLINE