Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, Mahkamah Majistret Seremban telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini terhadap kelima-lima suspek yang juga terdiri daripada dua pengawal keselamatan dan seorang orang awam.

Menurut beliau, JKDM sebelum itu telah membuat satu laporan polis ekoran kejadian itu yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi semalam.

“Kesemua suspek telah melarikan tujuh kotak disyaki mengandungi dadah jenis Ketamin dan Heroin dengan anggaran sebanyak 50 kilogram (kg).

“Barangan rampasan itu disimpan dalam kontena yang ditahan di Pelabuhan Wesport Klang, Selangor yang kemudiannya dibawa ke Pejabat Narkotik JDKM Jijan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE