Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chikonso Ansalem Okoli, 29, dan Desmond Owusu, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Chikonso dan Desmond masing-masing merupakan pembantu restoran di Nilai dekat sini dan penuntut sebuah kolej di Ipoh, Perak.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah methampetamine dengan berat bersih 2,083 gram di tempat letak kereta di Jalan 1/7D, Dataran Nilai, Putra Nilai di Nilai pada pukul 11.05 pagi, 15 Mac 2016.

Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2), akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit bersalah.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut.

“Tiada alasan munasabah untuk mengatakan bahawa dadah berkenaan bukan milik tertuduh. Tertuduh gagal mematahkan anggapan pemilikan,” katanya.

Chikonso dan Desmond masing-masing diwakili peguam lantikan mahkamah, Abdul Aziz Hamzah dan peguam Datuk Hanif Hassan. - UTUSAN ONLINE