Dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu, dua penjenayah terbabit menyamun kedai tersebut selepas menyembur cecair pemedih mata ke arah seorang pengawal keselamatan premis berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azham Shah Azlan berkata, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam sejurus melakukan rompakan.

“Siasatan awal mendapati, dua suspek lelaki masuk ke dalam kedai dan menuju ke arah tempat pameran telefon bimbit. Suspek pertama terus memotong kabel keselamatan menggunakan gunting kecil.

“Ketika mangsa bangun untuk melihat kejadian, suspek kedua menghampiri dan menyembur muka mangsa dengan pemedih mata dan mengambil sejumlah telefon bimbit dan komputer tablet bernilai ribuan ringgit lalu melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat dua pekerja lain didalam premis iaitu pekerja wanita dan pengurus cawangan kedai berkenaan.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata,” katanya. - UTUSAN ONLINE