Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd. Hamid berkata, dua lelaki tempatan masing-masing berusia berusia 24 dan 16 tahun itu ditahan oleh anggotanya di hadapan sebuah rumah di Jalan Sejahtera, Taman Pinggiran Alma, di sini kira-kira pukul 2 petang semalam.

Katanya, polis turut merampas beberangan barangan termasuk pistol tiruan berwarna kelabu, sebilah pisau lipat dan tiga set telefon bimbit.

“Ujian air kencing yang dilakukan pula mendapatu kedua-dua supek positif dadah jenis AMP,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 26 Februari lepas, mangsa, Lee Pei Pei, 36, cedera pada bahagian muka selepas ditumbuk penjenayah yang menyamun ketika dia berada dalam kereta di Taman Impian Indah, Machang Bubok selain kerugian kira-kira RM7,000. - UTUSAN ONLINE