Dalam serbuan pada pukul 11 malam itu, kedua-dua suspek berusia 38 dan 31 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan di bahagian dapur rumah.

Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan yang dibuat menemukan satu beg kecil yang berisi lima paket lutsinar dadah dipercayai heroin dan satu paket lutsinar dipercayai ganja daripada salah seorang suspek.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan sebuah kotak besi di atas lantai yang berisi lima paket dadah disyaki methaphetamin serta peralatan menghisap dadah.

"Polis turut menemukan dua buah motosikal yang telah dileraikan dan dilaporkan hilang selain sebuah beg yang berisi dua komputer riba, satu tablet dan lapan telefon bimbit yang disyaki dicuri.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 A (2), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE