Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek berusia 40 dan 26 tahun itu dan berasal dari Sri Kembangan, Selangor.


“Kejadian kira-kira pukul 9.15 malam kelmarin dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati mengenai hak penjagaan anak yang melibatkan seorang lelaki serta bekas isterinya.


“Bagaimanapun, ketika kejadian, bekas abang iparnya serta beberapa individu lain turut berada di tempat kejadian dan masuk campur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambah Mazlan, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera menggunakan objek merbahaya. -UTUSAN ONLINE