Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di sekitar Sungai Pelek, awal pagi tadi.

“Polis menahan dua lelaki berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut dan akan direman untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Chin Nook Moi, 87, ditemukan maut dengan beberapa kecederaan di bahagian muka dan badan dipercayai disamun berikutan terdapat kesan pecah di tingkap bilik belakang.

Kejadian berkenaan disedari oleh jiran yang ingin bertanya makanan untuk dibeli kepada mangsa pada pukul 8.30 pagi namun panggilannya tiada sahutan daripada mangsa.

Jiran yang mempunyai kunci pendua membuka pintu rumah dan menemukan mangsa yang tidak bernyawa dalam keadaan terlentang di bilik utama.

Md. Noor Aehwan dilaporkan berkata, wanita terbabit dipercayai disamun jam 11.30 hingga 12.30 tengah malam.

Beliau memaklumkan setakat ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. - UTUSAN ONLINE