Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek berusia 22 dan 25 tahun tersebut ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada pukul 9.40 malam, susulan maklumat awam dan risikan yang dijalankan.

"Hasil pemeriksaan menemukan satu ketulan mampat daun kering dipercayai ganja seberat 253.2 gram dianggarkan bernilai RM850 dalam bungkusan plastik dibawa seorang daripada suspek.

"Kita percaya suspek aktif mengedar ganja di sekitar daerah Wangsa Maju sejak tujuh bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohamad Roy, kedua-dua suspek ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE