Tertuduh, Goh Yee Chian,28, dan Yong Kim Loong, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan itu dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Kedua-dua tertuduh didakwa memberi suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1,500 kepada anggota AADK negeri sebagai dorongan kepadanya untuk menukarkan keputusan saringan kedua ujian air kencing negatif dadah.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di dalam tandas awam Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada pukul 10.30 pagi, 14 Ogos 2015.

Kim Loong dan Yee Chian didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE