Tertuduh, Mohd. Shairulhafiez Mohamad Yusoff, 33, dan Syaiful Anuar Che Khair, 28, didakwa secara rasuah menawarkan suapan wang tunai RM5,000 kepada seorang ejen kerajaan  iaitu Penolong Penguasa Polis di Balai Bayan Baru sebagai dorongan untuk tidak menangkap mereka kerana memiliki dadah jenis syabu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Medan Selera Teluk Bahang, Pantai Jerejak dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang  26 Julai lalu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuh Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE