Kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah Gombak di sekitar daerah itu hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya kini bagaimanapun memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Kedua-dua mereka akan tahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh binatang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, polis mengeluarkan gambar tiga lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum itu, tular dalam laman sosial sejak kelmarin rakaman mengenai tindakan mereka memasukkan seekor kucing ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Gombak dekat sini.- UTUSAN ONLINE