Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, satu laporan polis dibuat oleh pemilik kedai dobi terlibat sejurus kejadian itu tular dalam laman sosial.

"Sehubungan itu, orang awam yang melihat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tular dalam laman sosial sejak semalam tindakan dua lelaki membunuh kucing bunting dengan memasukkan ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua suspek yang dianggap perbuatan berkenaan tidak bertamadun, kejam serta tidak berperikemanusiaan. - UTUSAN ONLINE