Penahanan suspek tersebut merupakan susulan pendakwaan dua bekas pembantu rumah kepada pengasas rangkaian produk kosmetik terbabit pada Julai tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita ditahan bersama sebuah beg tangan berjenama dan wang tunai berjumlah RM2,000.

“Selain itu polis juga menemukan semula barang kemas yang dilaporkan hilang bernilai RM25,000,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE