Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Muhamad Safuan Azhar memerintahkan mereka direman selama enam hari bermula hari ini hingga 22 Mei bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Difahamkan, dua ketua polis daerah yang berusia 54 dan 46 tahun itu merupakan pegawai yang bertugas di daerah Melaka Tengah dan Jasin.

Ketiga-tiga pegawai terbabit ditangkap kira-kira pukul 2 pagi dan ditahan di Pejabat SPRM Melaka sebelum dibawa ke Putrajaya pukul 8 pagi ini.

Mahkamah pagi tadi telah mengeluarkan perintah reman bagi kes yang sama terhadap tiga pegawai polis dan tiga orang awam selepas mereka ditahan di sekitar Melaka semalam.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. - UTUSAN ONLINE