Ketua Pengkalan Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim, Marmizi Md Nor berkata, dalam operasi yang dilakukan, pihaknya turut merampas 250,000 liter minyak diesel.

Katanya,  kedua dua kapal beserta 8 kru warga Thailand dan Kemboja yang berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 dan  8.40 pagi Jumaat  di kedudukan 149 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman.

 Menurut Marmizi, ketika ditahan pihaknya mengesyaki mereka baharu sahaja selesai melakukan aktiviti tersebut dengan terdapat simpanan minyak diesel dalam jumlah kuantiti yang banyak.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen serta permit yang sah untuk melakukan akitiviti tersebut dan berlabuh di perairan negara.

"Kita juga  mendapati kapal tersebut turut mengibarkan bendera Malaysia bagi mengaburi pihak penguatkuasan maritim, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 Pihaknya percaya minyak tersebut diperoleh daripada nelayan tempatan dan juga  kapal bekalan pelantar tempatan yang menjual minyak diesel bagi mengaut keuntungan yang tinggi.

 "Minyak diesel bersubsidi di negara ini masih murah berbanding di negara jiran dan sekiranya dijual ,mereka akan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda'"ujarnya.

Kedua dua kapal telah di bawa ke Pengkalan Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut manakala kapten dan kru zkapal di tahan di lokap Maritim Kuala Terengganu bagi diambil keterangan.-UTUSAN ONLINE