Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua kanak-kanak lelaki disyaki rogol rakan

MD AZRIN ROSLY

LIMBANG 11 Sept. -Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun diambil keterangan hari ini bagi membantu siasatan kes rogol rakan perempuan mereka yang berusia sembilan tahun di sebuah stor baja di Kampung Palas di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, kedua kanak-kanak lelaki tersebut diambil keterangan di Balai Polis Limbang petang ini.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan itu pula telah dibawa ke Hospital Miri bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Kejadian ini terbongkar setelah ibu mangsa yang bekerja di sebuah ladang mencari anaknya yang pergi bermain bersama dua kanak-kanak lelaki itu sekitar pukul 7.10 petang semalam.

“Ibu mangsa terkejut apabila masuk ke stor itu setelah mendapati anaknya terbaring di atas tikar tanpa pakaian pada bahagian pinggang ke bawah malah salah seorang kanak-kanak lelaki itu berada di atasnya dalam keadaan posisi seksual,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain