Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, anggota penguat kuasa jabatan itu mengesan pencerobohan di Hutan Simpan Bintang Hijau pada Ahad lalu dan pencerobohan Hutan Simpan Pulau Kelumpang pula dikesan pada Isnin.


Menurutnya, di Hutan Simpan Bintang Hijau, sebanyak 29 kayu daripada pelbagai spesis yang sudah ditebang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda ditemukan.


Katanya, kayu dan kenderaan tersebut ditemukan tanpa ada sesiapa di tempat tersebut, dipercayai sudah melarikan diri.


“Ada pihak melakukan aktiviti menebang dan memproses kayu di kawasan tersebut. Kayu dan kenderaan yang ditemukan dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Mohamed Zin, di Hutan Simpan Pulau Kelumpang pula, pihaknya berjaya memberkas dua lelaki yang berada dalam sebuah sampan berisi kayu bakau. - UTUSAN ONLINE