Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, kedua-dua suspek bersama 18 lagi rakannya datang ke sebuah kedai mencuci kereta dimana tempat mangsa melepak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kesemua lelaki terbabit kemudiannya bertindak menyerang mangsa menggunakan parang.

Ujarnya, mangsa yang parah terus melarikan diri ke arah kawasan Metro Square sebelum terjatuh ditepi Jalan PJS 2B/3, Petaling Jaya dekat sini dimana jarak kira-kira 200 meter dari tempat dia diserang.

“Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dibahu sebelah kiri manakala lengan kirinya hampir putus kesan ditetak.

“Selain itu, terdapat juga luka di pergelangan tangan kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE