Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, suspek lelaki pertama ditahan di Nilai, Negeri Sembilan semalam manakala suspek kedua yang merupakan seorang wanita ditahan di sini petang ini.

"Hasil pemantauan dan risikan awal mendapati syarikat ini telah memperoleh pas bagi pekerja mereka dengan mengemukakan maklumat palsu kepada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.

"Berikutan itu, pihak imigresen telah melakukan tangkapan terhadap kedua-dua ahli lembaga pengarah tersebut kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56(1)(k) Akta Imigresen 1959/63 iaitu mengemukakan maklumat palsu untuk mendapatkan suatu pas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Mustafar, susulan penahanan itu pihaknya juga sedang memburu seorang lagi suspek yang juga merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE