Serbuan pada pukul 5.30 petang itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, lelaki warga asing yang ditahan tidak mempunyai dokumen peribadi.

"Selain tangkapan, polis turut merampas seunit kalkulator, empat keping kertas putih tercatit angka-angka, seunit mobile printer dan wang tunai berjumlah RM778," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Norhizam, kesemua tangkapan dibawa ke balai berdekatan untuk disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE