Perbuatan dua beradik ber­kenaan terbongkar selepas orang ramai menyedari kejadian itu lalu membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, wanita OKU berusia 29 tahun itu dipercayai didera kakak dan abang kandungnya di rumah mereka di Taman Desa Aman, Kulim di sini.

Wanita OKU yang disyaki didera kakak dan abang kandungnya di Taman
Wanita OKU yang disyaki didera kakak dan abang kandungnya di Taman Desa Aman, Kulim, Kedah semalam.

“Pihak JKM kemudian memaklumkan perkara itu kepada polis untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mang­sa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Nasir, mang­sa yang merupakan OKU kategori pelbagai itu ditemukan di rumah tersebut bersama ibunya yang berusia lingkungan 50-an sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawa­tan.

“Mangsa mengalami luka pada kerongkong dipercayai akibat dijolok dengan rotan selain pihak hospital mengesahkan terdapat kesan luka dan parut lama disyaki akibat perbuatan dera,” ujarnya.

Ahmad Nasir memberitahu, kedua-dua suspek berusia 33 dan 35 tahun yang merupakan pekerja kilang ditahan ketika menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah Kulim malam semalam.

“Dua suspek itu direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.